Advertisement

gravatar

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) - 28 Ogos 2009

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 71


Dimaklumkan sehingga 28 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 391 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 293 kes telah didiscaj keluar. Ini menjadikan baki seramai 1,509 pesakit ILI sedang dirawat di 103 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 218 pesakit (14%) yang disahkan positif H1N1.

Daripada 218 kes yang disahkan H1N1, 48 kes berada di ICU di mana 4 kes merupakan kemasukan baru, sementara 9 lagi kes keluar dari ICU. Daripada 48 kes yang sedang dirawat di ICU, 40 (83%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (7), obesiti (13), kanak-kanak/bayi (7), post-natal/hamil (3), penyakit jantung (4), kegagalan ginjal (2) dan asthma (4).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif di mana jumlah kes sehingga 28 Ogos 2009 adalah 245,072 dengan 2,876 kematian yang melibatkan 182 buah negara. Walau bagaimanapun, angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan semua negara melaporkan bilangan kes.

Kita perlu sentiasa saling ingat mengingatkan agar individu yang tidak sihat dan mengalami gejala demam atau batuk supaya tidak berada di tempat awam, atau menjarakkan diri (social distancing) daripada orang awam. Langkah paling bijak dan bertanggungjawab bagi mereka yang mempunyai gejala ILI adalah berehat di rumah dan sekiranya terpaksa mengunjungi tempat-tempat awam tersebut, mereka hendaklah memakai mask sepanjang masa.

Orang ramai yang sihat juga adalah disarankan agar dapat mengurangkan aktiviti mengunjungi tempat-tempat tersebut bagi mengelakkan diri terdedah kepada jangkitan. Sekiranya terpaksa berkunjung ke tempat-tempat tersebut adalah dinasihatkan supaya dapat membuat perancangan awal ke atas perkara-perkara hendak dilakukan bagi mengurangkan tempoh masa berada di tempat-tempat berkenaan. Di samping itu pemakaian mask juga adalah digalakkan.

Maklumat semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300 dan juga laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my. Di saat penularan jangkitan influenza A(H1N1) yang semakin meningkat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memohon orang ramai untuk terus memberi kerjasama secara berterusan bagi menangani penularan wabak ini.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 28 Ogos 2009

gravatar

salam Dr. Ada kes terbaru ke h1n1 kat hosp pasir mas?

gravatar

cathenclox,
Salam...So far there is no new cases in hosp pasir mas since we have 4-5 positive H1N1 cases. Nowday...no cases within 1-2 week, lately...Alhamdulillah. Thanx for ur concern.

gravatar

ur welcome..
i have asked one doctor in private clinic,he said,because of the rainy weather, spreading of H1N1 slowed down.. is that true?

gravatar

cathenclox,
Decreasing of H1N1 cases is not due to rainy weather until it proven by study.

From medical point of view : it's good if everybody has been exposed and developed immunity against it since it almost impossible to avoid contact. Then the virus will slowly disappeared from the air, just like other influenza virus.(or till vaccine is readily available) The bad new is WHO expecting second wave is coming. source: chest physician. Nowdays Malaysia in Mitigation phase, its mean that everybody could be infected, developed immunity, then H1N1 will disappear and go off. This is epidemiology study. It is a nature, indeed.

Members of