Advertisement

gravatar

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 27 September 2009


Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77


Pada hari ini, seramai 45 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 140 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki sebanyak 761 kes ILI yang sedang dirawat di 92 buah hospital termasuk 10 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 103 pesakit atau 14% merupakan kes H1N1 disahkan melalui ujian makmal.

Daripada jumlah pesakit H1N1 yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 19 kes atau 18% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Terdapat dua (2) kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi dan dua (2) kes discaj hari ini. Untuk makluman, kesemua kes disahkan positif influenza A(H1N1) dan sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut; kanak-kanak bawah 5 tahun (8), obesiti (4), penyakit kronik (3) dan penyakit respiratori kronik (2).

Tiada kematian H1N1 didaftarkan hari ini di Malaysia.

Dimaklumkan penularan penyakit berjangkit influenza A(H1N1) dalam komuniti adalah masih aktif. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya:

Bagi mereka yang mempunyai simptom ILI, selepas dinasihatkan berehat dirumah oleh doktor, sila patuhi nasihat tersebut sehingga bebas daripada simptom ILI, ini termasuklah untuk tidak ke tempat kerja, sekolah atau tempat awam. Jika terpaksa pergi ke tempat-tempat awam, mereka hendaklah memakai penutup mulut dan hidung serta mengurangkan masa kunjungan ke tempat tersebut.

Orang ramai dinasihatkan supaya terus mengamalkan kebersihan diri, amalan mencuci tangan secara kerap terutama selepas batuk atau bersin dan juga mengamalkan adab batuk.

Elakkan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai simptom ILI (jarakkan kedudukan anda sekurang-kurangnya 1 meter).

Bagi individu-individu yang mempunyai faktor risiko seperti wanita mengandung, pengidap asma, penyakit paru-paru yang kronik, diabetes dan golongan dengan imuniti yang rendah adalah digalakkan memakai penutup mulut dan hidung walaupun tiada simptom influenza-like illness (ILI) apabila berada di tempat awam yang sesak bagi mengelakkan mereka mendapat jangkitan. Walau bagaimanapun mereka mesti mendapatkan rawatan dengan SEGERA apabila mengalami sebarang simptom ILI.

Amalkan gaya hidup sihat, rehat yang cukup, minum air seperti yang disarankan dan pemakanan seimbang.

Sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini mengenai wabak influenza A(H1N1) dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh KKM.
Maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh diajukan melalui panggilan telefon ke talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

27 September 2009

Members of