Advertisement

gravatar

Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) in Basic Life Support (BLS)

This CME presentation is for paramedics, staffnurses or any clinical student including medical student. Its may give some help for quick referral. Good Luck!

gravatar

ECG in Emergency - Common Cardiac arrhythmias - CME



This is for junior doctors or any clinical staff...

gravatar

ECG Interpretation


For more widgets please visit www.yourminis.com

gravatar

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 8 Oktober 2009


Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77


Pada hari ini seramai 228 pesakit baru dengan gejala Influenza-Like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara 183 kes telah didiscaj. Sehingga kini, jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 814 kes di 97 buah hospital termasuk 14 hospital swasta. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 34 pesakit atau 4% merupakan kes influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

Daripada 34 orang pesakit Influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 11 kes atau 32% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi sementara dua (2) kes telah discaj hari ini. Untuk makluman, 9 daripada 11 kes yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut; kanak-kanak bawah 5 tahun (4), penyakit kronik (2), obesiti (2) dan seorang dengan dua faktor risiko iaitu bawah 5 tahun serta penyakit kronik.

Tiada kematian akibat Influenza A (H1N1) yang didaftarkan hari ini di Malaysia menjadikan jumlah kematian kekal 77 orang.

Sempena musim peperiksaan PMR ini, Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan ibu bapa atau penjaga terutamanya mereka yang mempunyai anak yang sedang menduduki peperiksaan supaya sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak mereka menunjukkan simptom Influenza-Like Illness (ILI), pastikan mereka mendapatkan rawatan segera daripada klinik atau hospital berhampiran. Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah tentang kesihatan anak masing-masing supaya tindakan yang bersesuaian dapat diambil oleh pihak sekolah.

Kementerian Kesihatan juga ingin meminta kerjasama petugas-petugas yang mengawasi peperiksaan supaya mengasingkan pelajar yang mempunyai gejala ILI daripada pelajar yang sihat. Pelajar yang mempunyai gejala ILI dikehendaki memakai topeng muka. Ini kerana selagi pelajar itu masih mempunyai tanda-tanda atau gejala, pelajar tersebut masih menjadi punca jangkitan kepada pelajar lain.

Pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan juga perlu mengamalkan cara hidup yang sihat iaitu tidur yang cukup, makan makanan sihat, meminum air secukupnya dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri serta kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun terutama selepas menyentuh mulut dan hidung atau permukaan yang berpotensi dicemari virus. Elakkan menyentuh mulut dan hidung jika ia belum dibersihkan atau dicuci. Segera memberitahu ibu bapa/penjaga dan guru sekiranya mempunyai gejala ILI supaya tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan sebarang kesulitan untuk mereka menduduki peperiksaan.

Walaupun kebelakangan ini, laporan kejadian kes Influenza A (H1N1) semakin berkurangan, Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa penularan penyakit Influenza A (H1N1) masih lagi aktif di dalam komuniti. Orang ramai diminta terus berwaspada dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan. Ini termasuklah:

Terus mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa khususnya kerap mencuci tangan, adab batuk yang betul serta sentiasa membawa bersama kit H1N1 (topeng mulut dan hidung, tisu dan sanitizer).
Individu yang mempunyai simptom selesema digesa agar tidak mengunjungi tempat-tempat awam yang sesak bagi mengelakkan penularan penyakit ini.
Kurangkan masa berada di tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai seperti kompleks membeli belah, rumah ibadat dan stesen pengangkutan awam.

Golongan berisiko tinggi mendapat komplikasi digesa mengelakkan bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai simptom ILI (influenza-like illness). Mereka juga mesti mendapatkan RAWATAN dengan SEGERA apabila mengalami sebarang simptom ILI.
Amalkan cara hidup sihat, khususnya tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal.
Pihak majikan/pentadbiran diminta melaporkan kejadian-kejadian jangkitan influenza-like illness (ILI) atau jumlah ketidakhadiran (absenteeism) di sekolah atau di tempat kerja yang luar biasa kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
Maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperoleh melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang, melalui e-mel di cprc_h1n1@moh.gov.my serta laman web Kementerian Kesihatan iaitu di http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my .

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
8 Oktober 2009

gravatar

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 27 September 2009


Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77


Pada hari ini, seramai 45 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 140 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki sebanyak 761 kes ILI yang sedang dirawat di 92 buah hospital termasuk 10 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 103 pesakit atau 14% merupakan kes H1N1 disahkan melalui ujian makmal.

Daripada jumlah pesakit H1N1 yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 19 kes atau 18% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Terdapat dua (2) kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi dan dua (2) kes discaj hari ini. Untuk makluman, kesemua kes disahkan positif influenza A(H1N1) dan sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut; kanak-kanak bawah 5 tahun (8), obesiti (4), penyakit kronik (3) dan penyakit respiratori kronik (2).

Tiada kematian H1N1 didaftarkan hari ini di Malaysia.

Dimaklumkan penularan penyakit berjangkit influenza A(H1N1) dalam komuniti adalah masih aktif. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya:

Bagi mereka yang mempunyai simptom ILI, selepas dinasihatkan berehat dirumah oleh doktor, sila patuhi nasihat tersebut sehingga bebas daripada simptom ILI, ini termasuklah untuk tidak ke tempat kerja, sekolah atau tempat awam. Jika terpaksa pergi ke tempat-tempat awam, mereka hendaklah memakai penutup mulut dan hidung serta mengurangkan masa kunjungan ke tempat tersebut.

Orang ramai dinasihatkan supaya terus mengamalkan kebersihan diri, amalan mencuci tangan secara kerap terutama selepas batuk atau bersin dan juga mengamalkan adab batuk.

Elakkan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai simptom ILI (jarakkan kedudukan anda sekurang-kurangnya 1 meter).

Bagi individu-individu yang mempunyai faktor risiko seperti wanita mengandung, pengidap asma, penyakit paru-paru yang kronik, diabetes dan golongan dengan imuniti yang rendah adalah digalakkan memakai penutup mulut dan hidung walaupun tiada simptom influenza-like illness (ILI) apabila berada di tempat awam yang sesak bagi mengelakkan mereka mendapat jangkitan. Walau bagaimanapun mereka mesti mendapatkan rawatan dengan SEGERA apabila mengalami sebarang simptom ILI.

Amalkan gaya hidup sihat, rehat yang cukup, minum air seperti yang disarankan dan pemakanan seimbang.

Sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini mengenai wabak influenza A(H1N1) dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh KKM.
Maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh diajukan melalui panggilan telefon ke talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

27 September 2009

gravatar

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 23 September 2009


Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77


Pada hari ini, sejumlah 96 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 65 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di buah 70 hospital termasuk 8 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 618 orang. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 177 pesakit atau 29% merupakan kes H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal.

Daripada jumlah pesakit H1N1 yang sedang dirawat di hospital, seramai 26 kes atau 15% adalah di Unit Rawatan Rapi (ICU). Terdapat 2 kemasukan kes baru dan 4 kes discaj hari ini. Untuk makluman, seramai 24 atau 92% kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu seperti berikut, kanak-kanak bawah 5 tahun (8), penyakit kronik (4), obesiti (6), penyakit respiratori kronik (5) dan warga emas keatas 65 tahun (1).

Tiada kematian H1N1 didaftarkan hari ini di Malaysia. Di peringkat global, laporan terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), adalah yang bertarikh 18 September, 2009 yang memaklumkan bahawa jumlah kes H1N1 keseluruhan dunia melebihi 296,471 dengan kematian sekurang-kurangnya 3,486 kes.

Penularan penyakit berjangkit influenza A(H1N1) dalam komuniti adalah masih aktif. Kita 1 Malaysia perlu sentiasa berwaspada dan jangan lupa untuk terus bersama mencegah penularan H1N1 dalam komuniti. Berikut adalah amalan bijak yang boleh mencegah atau mengawal penularan H1N1 semasa musim perayaan ini.

Mereka yang bersimptom ILI hendaklah segera mendapatkan rawatan di klinik terdekat. Semasa berehat di rumah hendaklah sentiasa mengamalkan kebersihan membasuh tangan terutama selepas batuk dan bersin. Perlu memakai mask atau topeng muka bila bergaul rapat dengan individu sihat.

Elakkan pergaulan rapat dengan individu yang ada simptom ILI, dengan berada pada jarak tidak kurang daripada 1 meter. Amalkan mencuci tangan secara kerap selepas bersalam-salaman sama ada menggunakan sabun dan air atau hand sanitizer. Sebaik-baiknya bawa bersama hand sanitizer semasa mengunjungi rumah terbuka.

Amalkan kesihatan yang baik dengan minum air yang secukupnya, juga rehat dan tidur yang secukupnya serta memakan makanan yang seimbang dan berkhasiat.

Sediakan kemudahan membersih tangan serta tempat membuang sampah semasa mengadakan majlis jamuan raya atau rumah terbuka.

Langah terbaik bagi mereka yang sedang mengalami gejala Influenza-Like Illness(ILI), dan selepas mendapatkan rawatan segera daripada doktor, adalah rehat di rumah dan mengurangkan pergaulan rapat dengan lain-lain ahli keluarga yang lain sehinggalah bebas daripada semua simptom ILI. Ini kerana selagi mereka bersimptom batuk atau cairan bersin mereka mempunyai virus H1N1 yang boleh memudaratkan kepada individu yang rapat dengannya. Atas sebab inilah juga mereka sentiasa disarankan untuk mengamalkan adab batuk dan bersin yang betul, iaitu menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.

Sentiasa mendapat maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh di ajukan melalui panggilan telefon ke talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my.
Kepada pengusaha pasar raya, pusat membeli-belah serta perkhidmatan pengangkutan awam adalah diminta untuk sentiasa menyediakan kemudahan mencuci tangan yang secukupnya. Kebersihan hendaklah dijaga dengan baik dan berterusan termasuk kebersihan kemudahan tandas. Kemudahan membuang sampah yang mencukupi dan terurus hendaklah disediakan bagi memudahkan orang awam membuang tisu-tisu yang digunakan semasa batuk atau bersin.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

23 September 2009

gravatar

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 19 September 2009


Kes Kematian : 1
Jumlah Kematian : 77


Pada hari ini, sejumlah 69 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 150 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 85 buah hospital termasuk 13 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 740 orang. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 190 pesakit atau 26% merupakan kes H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal.

Daripada 190 kes H1N1 yang sedang dirawat di hospital, sejumlah 29 kes atau 15% adalah di Unit Rawatan Rapi (ICU). Jumlah ini termasuklah 3 kemasukan baru dan 4 kes telah keluar dari ICU. Sebagai makluman, seramai 23 atau 79% kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak bawah 5 tahun (7), penyakit kronik (6), obesiti (5), penyakit respiratori kronik (3) dan hamil (2).

Kami ingin memaklumkan satu(1) kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1), iaitu kes kematian ke 77. Kematian sebenarnya berlaku pada 11 September 2009 tetapi dilaporkan kepada pihak Kementerian pada 18 September 2009. Kes adalah seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun yang tinggal di asrama sekolah, telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada 7 September 2009 kerana telah demam, batuk dan selsema selama sehari. Pesakit juga ada riwayat mengidap penyakit asma. Kes dirawat sebagai kes ringan ILI dan diberi rawatan simptomatik pesakit luar. Dimaklumkan bahawa simptom pesakit tidak pulih, tetapi hanya dibawa semula ke hospital 4 hari kemudian iaitu pada 11 September 2009, dimana pesakit terus dimasukkan ke Unit ICU, Hospital Sultan Abdul Halim dan rawatan antiviral influenza dimulakan. Oleh kerana komplikasi jangkitan, pesakit meninggal dunia enam(6) jam selepas dimasukkan ke hospital. Penyebab kematian direkodkan sebagai severe pneumonia with H1N1 infection with secondary bacterial infection. Sampel throat swab pesakit disahkan jangkitan H1N1 melalui ujian makmal pada 12 September 2009.

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat 1 Malaysia dan dalam kesibukan kita untuk berhari raya, kita jangan lupa untuk terus bersama mencegah penularan H1N1 dalam komuniti, Hari Raya Tanpa H1N1. Berikut adalah amalan bijak yang boleh mencegah atau mengawal penularan H1N1 semasa musim perayaan ini.

Mereka yang bersimptom ILI hendaklah segera mendapatkan rawatan di klinik terdekat. Semasa berehat di rumah hendaklah sentiasa mengamalkan kebersihan membasuh tangan terutama selepas batuk dan bersin. Perlu memakai mask atau topeng muka bila bergaul rapat dengan individu sihat.

Elakkan pergaulan rapat dengan individu yang ada simptom ILI, dengan berada pada jarak tidak kurang daripada 1 meter. Amalkan mencuci tangan secara kerap selepas bersalam-salaman sama ada menggunakan sabun dan air atau hand sanitizer. Sebaik-baiknya bawa bersama hand sanitizer semasa mengunjungi rumah terbuka.

Amalkan kesihatan yang baik dengan minum air yang secukupnya, juga rehat dan tidur yang secukupnya serta memakan makanan yang seimbang dan berkhasiat.

Sediakan kemudahan membersih tangan serta tempat membuang sampah semasa mengadakan majlis jamuan raya atau rumah terbuka.

Langah terbaik bagi mereka yang sedang mengalami gejala Influenza-Like Illness(ILI), dan selepas mendapatkan rawatan segera daripada doktor, adalah rehat di rumah dan mengurangkan pergaulan rapat dengan lain-lain ahli keluarga yang lain sehinggalah bebas daripada semua simptom ILI. Ini kerana selagi mereka bersimptom batuk atau cairan bersin mereka mempunyai virus H1N1 yang boleh memudaratkan kepada individu yang rapat dengannya. Atas sebab inilah juga mereka sentiasa disarankan untuk mengamalkan adab batuk dan bersin yang betul, iaitu menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.

Sentiasa mendapat maklumat serta perkembangan terkini jangkitan influenza A(H1N1) daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh di ajukan melalui panggilan telefon ke talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 yang beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui email cprc_h1n1@moh.gov.my.
Kepada pengusaha pasar raya, pusat membeli-belah serta perkhidmatan pengangkutan awam adalah diminta untuk sentiasa menyediakan kemudahan mencuci tangan yang secukupnya. Kebersihan hendaklah dijaga dengan baik dan berterusan termasuk kebersihan kemudahan tandas. Kemudahan membuang sampah yang mencukupi dan terurus hendaklah disediakan bagi memudahkan orang awam membuang tisu-tisu yang digunakan semasa batuk atau bersin.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

19 September 2009

Members of